Kerjaya pengurus Glen De Boeck

Pada 23 April 2007, De Beock menjadi pengurus Cercle Brugge selepas tamatnya musim 2006-07. Pada 1 Februari 2008, direktor Cercle Brugge melanjutkan kontrak beliau sehingga 2011. Selain itu, beliau juga menjadi direktor teknikal sukan. Pada Mac 2008, beliau menolak tawaran menjadi jurulatih kelab KRC Genk. Beliau tetap memilih kelab Cercle Bregge sebagai karier kejurulatihannya. Beliau meninggalkan Cercle pada Jun 2010 dan menjadi pengurus Germinal Beerschot.

Pada 30 November 2010, selepas menerima keputusan teruk kelab, beliau dipecat daripada menjadi jurulatih Germinal Beerschot. Pada permulaan musim 2011-2012 De Boeck menjadi pengurus VVV-Venlo tetapi beliau mengundurkan diri pada 6 Disember 2011 selepas kekalahan teruk 7-0 kepada Heracles Almelo. Pada November 2012, beliau menandatangani kelab Waasland-Beveren tetapi dipecat setahun kemudian.